Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Saturday, February 12, 2011

Pesanan dari seorang kawan......



Alhamdulillah....akhirnya dpt jugak berjumpa dengan seorang kawan dari utara nih...selama ni dok chat kat FB dan sesekali tinggal komen di blog. Tapi hari ni rezeki dpt berjumpa dgn dia...

Asal kenal pon melalui blog jugak...dipendekkan cerita kami berjumpa di sekitar Taman Alam Damai...kawan nih sebenarnya salah seorang penternak ayam di kampungnya.... ikut katanya, ternakannya "xla banyak sgt".... sekitar 40 ribu ekor sepusingan aje...hehe...

Apapon saya merasa terkesan mendengar pengalaman dan nasihat2 beliau. Mudah2han saya dapat mengamalkannya. antaranya ialah:-

1) Jika anda mendapat keuntungan daripada perniagaan/ pendapatan walaupun sedikit hingga kadangkala nk guna sendiri pon x cukup, zakat tetap jangan dilupakan.Kerana jika kita utamakan zakat, Insyaallah rezeki akan menjadi lebih murah dan berkat.Bak kata sahabat, kita selalu meletakkan zakat di tempat terakhir selepas hal2 yang lain. Jadikan ianya perkara pertama yg kita lakukan bila mendapat hasil, maka keuntungan akan datang sendiri selepas itu.

2)Jika anda berniaga, buatlah pinjaman untuk memperbesarkan perniagaan tersebut. Dan pastikan anda membayar balik pinjaman tersebut....bila anda telah melakukan perkara tersebut, maka anda telah mempunyai rekod yg baik dengan pihak bank. Jadi bila anda ingin membuat lagi pinjaman di masa akan datang, dengan rekod bayaran balik yang cemerlang, maka lebih mudah pinjaman tersebut untuk lulus. Malah dalam sesetengah kes, pihak bank sendiri yg datang menawarkan pinjaman kepada anda. (Bukan dlm kebanyakan kes di mana ramai yg meminjam tapi x bayar2....hmm yg ni tgk loan PTPN pon dah tau)

3)Amalkan membaca Ayat Seribu Dinar sebanyak 3 kali, setiap kali selepas solat. Perbanyakkan solat tahajud, amalkan solat dhuha sekerap mungkin. Dengan izin Allah, rezeki menjadi lebih murah...pertolongan akan tiba dengan tidak disangka2.Yang ini mmg selalu dengar, tapi nk buat tu kdg2 culas sket...Azam kene buat!


4) Jika anda berminat menceburi diri dlm bidang ternakan ayam daging komersial ni, perkara yang paling utama perlu ada ialah TANAH, kedua MODAL...yang lain2 tu kemudian. Pokoknya, tanah ialah perkara wajib, kalo xde tanah kenalah usahakan mempunyai tanah yg sesuai terlebih dahulu.


Apapun saya percaya dlm setiap bidang yg kita ceburi tentu ada peluang untuk berjaya, asalkan kite mengerjakannya dengan sepenuh hati dan istiqomah. mudah-mudahan kita sama2 dapat mengerjakan sesuatu yg kita cintai dan mendapat hasil yang terbaik. Amin....





























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails