Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Saturday, June 6, 2015

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat rakan2....moga semuanya berada dalam keadaan sihat walfiat dan di rahmati Allah..Tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramdhan..mudah2an kita dapat melaluinya dengan tabah dan memperbanyakkan amalan2 yang yang dapat memberi manfaat pada kita.
    Di sini ada satu berita baik, kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang ternakan puyuh, ada sebuah reban/ladang puyuh untuk dijual/disewa...oleh kerana faktor kewangan yang terhad maka tuan punya terpaksa melepaskannya.Berikut adalah maklumat reban:-

1)Lokasi - Klang, Selangor
2)Saiz reban - 2 buah reban. 40x30 kaki dan 20x20 kaki. satu unit stor dan bilik pekerj sai 20x20.

Kepada benar2 serius boleh telefon terus untuk maklumat lanjut. 0136037650.


Untuk makluman jualan anak puyuh dan puyuh induk juga telah dibuka. stok terhad jadi siapa berhajat sila hubungi saya segera. terima kasih.

Thursday, April 9, 2015

Kursus Asas Ternakan Puyuh Terkini - 19/4/2015

Salam sejahtera buat rakan2 sekelian.....Kursus Asas Ternakan Puyuh yang terikini akan diadakan pada 19/4/2015 nanti...Maklumat adalah seperti berikut:-

1) tarikh - 19/4/2015

2) masa  - 800 pagi - 200 petang

3) tempat - Dewan Masyarakat MBSA Kg Telok Menegon, Klang

4)Yuran rm 150 (termasuk minum pagi, makan tenghari, nota kursus dan sijil)

Maklumat lanjut sila hubungi 0136037650.

Terima kasih.

Saturday, March 7, 2015

Kursus Asas Ternakan Puyuh terkini!

Salam sejahtera buat pembaca sekelian....nampaknya saya semakin jarang menulis di blog ini..bukan apa..cuma dengan adanya Facebook rasanya idea2 atau penulisan saya lebih cepat diterima dan diikuti oleh pembaca sekalian...apapun saya akan cuba juga untuk sesekali mengemaskini info2 terkini di blog ini.Anda pula jangan lupa untuk like page saya di FB iaitu Azwan Agro.

Saya teringat kata2 seorang rakan penternak puyuh tidak lama dulu...katanya " Wan, ..ternakan puyuh ni ramai orang buat tetapi ramai juga orang yang berhenti"  Saya termenung sejenak sambil terfikir..mungkin ada betulnya juga...mungkin ramai yg asalnya mula menternak puyuh dengan anggapan ianya sesuatu yg mudah dan menguntungkan....saya x nafikan itu..tapi untuk benar2 menjadikan sesuatu  bidang ternakan atau perniagaan itu menguntungkan bukanlah semudah yang disangkakan...


Selalu saya katakan kepada mereka yang berminat ingin menternak puyuh, buatlah survey atau kajian terhadap permintaan produk puyuh di tempat anda...penting untuk anda mengetahui siapakah bakal2 pelanggan anda..supaya apabila ternakan puyuh anda telah berhasil, mudah untuk anda memasarkan hasil ternakan anda itu...perlu diingat!...ramai orang boleh menternak puyuh, tapi tak ramai yang mampu memasarkan produknya dengan berkesan...ini juga merupakan antara punca kebanyakan penternak2 puyuh gulung tikar...

Elok juga kalau anda belajar dulu bagaimana menjual produk puyuh ini dengan cara mengambil produk2 orang lain dahulu kemudian pasarkan sendiri,Jika anda telah mempunyai pasaran yang baik, maka apabila anda mula menternak puyuh sendiri...anda tidak perlu risau lagi di mana hendak dijual hasil ternakan anda itu. Inilah pada saya jalan terbaik bagi anda yang ingin memulakan bidang ternakan puyuh ini secara komersial....

#Kursus Asas Ternakan Puyuh Siri 2/2015 akan diadakan pada 15/3/15 ini...tarikh tutup penyertaan ialah pada 10/3/15....untuk mklumat lanjut sila hubungi saya di talian 0136037650.








Thursday, January 8, 2015

Perkembangan terkini

Salam hormat buat peminat dan penternak puyuh sekelian...alhamdulillah banyak juga perkara2 baik berlaku sepanjang hujung tahun 2014. Setelah menyertai pameran MAHA 2014, saya sempat pula masuk pameran di Agrofest di Sungai Besar..satu pengalaman baru di samping jualan yg memberangsangkan..ada beberapa pelanggan yang telah membeli set sangkar puyuh penelur dan juga inkobator hasil dari pameran yang saya sertai..
 
Insyaallah pada 18/1/2015 pula akan diadakan kursus asas ternakan puyuh kali ke 6 yang juga siri pertama untuk tahun 2015 ini...Masih ada tempat kosong buat mereka yang berminat...boleh terus hubungi saya di talian 0136037650.

terima kasih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails