Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Sunday, November 24, 2013

"Nipple drinker with cup"...sistem minuman auto untuk puyuh dan ayam.

Sekian lama mencari akhirnya saya telah jumpa nipple drinker/ puting minuman untuk puyuh dan ayam yang sesuai untuk dipasang dengan paip pvc 20 mm yg mudah didapati di kedai2 hardware. Uniknya nipple drinker ini, selain membolehkan bekalan air disalurkan terus menerus 24 jam kepada ternakan anda, ia juga didatangkan dengan drip cup atau mangkuk tadahan bagi mengelakkan percikan air membasahi lantai. Dengan ini najis puyuh/ ayam tidak basah dan mengurangkan masalah bau busuk.

       Mungkin untuk permulaan, pemasangan nipple ini akan sedikit memakan masa, tetapi percayalah setelah ianya dipasang dengan baik, maka anda boleh melupakan terus hal pemberian air kepda ternakan anda. Ini kerana air akan sentiasa mengalir dan keluar apabila puyuh/ayam mematuk pin pada nipple drinker ini.  



Jika berminat, sila hubungi saya di talian 0136037650.

Tuesday, November 12, 2013

Kursus Ternakan Puyuh siri 2/2013

Salam sejahtera buat semua pembaca....

Oleh kerana masih terdapat permintaan dari luar sana untuk menghadiri kursus ternakan puyuh ini, maka saya bercadang untuk mengadakan siri ke 2 dijangka pada hujung bulan 12 nanti..kepada sesiapa yang terlepas siri pertama dan ingin hadir, sila sms atau telefon saya bagi mengesahkan kehadiran...

terima kasih...

azwan 0136037650

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails