Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Saturday, March 7, 2015

Kursus Asas Ternakan Puyuh terkini!

Salam sejahtera buat pembaca sekelian....nampaknya saya semakin jarang menulis di blog ini..bukan apa..cuma dengan adanya Facebook rasanya idea2 atau penulisan saya lebih cepat diterima dan diikuti oleh pembaca sekalian...apapun saya akan cuba juga untuk sesekali mengemaskini info2 terkini di blog ini.Anda pula jangan lupa untuk like page saya di FB iaitu Azwan Agro.

Saya teringat kata2 seorang rakan penternak puyuh tidak lama dulu...katanya " Wan, ..ternakan puyuh ni ramai orang buat tetapi ramai juga orang yang berhenti"  Saya termenung sejenak sambil terfikir..mungkin ada betulnya juga...mungkin ramai yg asalnya mula menternak puyuh dengan anggapan ianya sesuatu yg mudah dan menguntungkan....saya x nafikan itu..tapi untuk benar2 menjadikan sesuatu  bidang ternakan atau perniagaan itu menguntungkan bukanlah semudah yang disangkakan...


Selalu saya katakan kepada mereka yang berminat ingin menternak puyuh, buatlah survey atau kajian terhadap permintaan produk puyuh di tempat anda...penting untuk anda mengetahui siapakah bakal2 pelanggan anda..supaya apabila ternakan puyuh anda telah berhasil, mudah untuk anda memasarkan hasil ternakan anda itu...perlu diingat!...ramai orang boleh menternak puyuh, tapi tak ramai yang mampu memasarkan produknya dengan berkesan...ini juga merupakan antara punca kebanyakan penternak2 puyuh gulung tikar...

Elok juga kalau anda belajar dulu bagaimana menjual produk puyuh ini dengan cara mengambil produk2 orang lain dahulu kemudian pasarkan sendiri,Jika anda telah mempunyai pasaran yang baik, maka apabila anda mula menternak puyuh sendiri...anda tidak perlu risau lagi di mana hendak dijual hasil ternakan anda itu. Inilah pada saya jalan terbaik bagi anda yang ingin memulakan bidang ternakan puyuh ini secara komersial....

#Kursus Asas Ternakan Puyuh Siri 2/2015 akan diadakan pada 15/3/15 ini...tarikh tutup penyertaan ialah pada 10/3/15....untuk mklumat lanjut sila hubungi saya di talian 0136037650.








1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails