Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Sunday, June 26, 2011

Menoleh seketika ke belakang....

Salam buat semua rakan pengunjung mahupun rakan2 seperjuangan yg gigih menternak...moga2 kita sentiasa diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah swt dlm menjalani kehidupannya yg penuh pancaroba...


Telah hampir setahun setengah sebenarnya saya mendirikan reban dan menternak puyuh secara sepenuh masa.Kalo diikutkan sebelum menceburkan diri dlm bidang ni, saya terlebih dahulu terlibat dalam perniagaan gerai selama 3 tahun...jadi jumlah keseluruhan ialah hampir 5 tahun saya berniaga atau kata lain bekerja sendiri. Masih terlalu jauh saya dari kesenangan yg diimpikan, namun saya tetap bersyukur kerana masih diberikan rezeki yang halal oleh yg maha esa.


Kalau diikutkan, berkerja sendiri atau berniaga memang bukan sesuatu yg mudah...senang kata semua orang boleh berniaga..tetapi bukan semua yg berniaga itu boleh berjaya...kalo anda makan gaji dah tentu tiap2 bulan gaji akan masuk ke akaun, tetapi tidak begitu bagi org yg berniaga...kadang2 kita berniaga setiap hari tanpa cuti, tapi pendapatan kita masih x cukup utk menampung perbelanjaan bulanan. Belum lagi mengambil kira faktor2 pemasaran, karenah pelanggan, hutang dan sebagainya..


Kini setelah setahun setengah dlm bidang ternakan puyuh, saya rasa saya telah bersedia untuk memasuki fasa kedua...apa itu fasa kedua? bagi saya tidak lain tidak bukan dengan mengembangkan perniagaan puyuh saya ini. Saya harap saya dapat membina sebuah lagi reban yang bersaiz 2 kali ganda dari reban yg ada skrg...dgn reban sebesar itu mudah2an saya dpt menternak sekurang2nya 5 ribu ekor puyuh pada satu2 masa....walaupun saya tidak mungkin menjadi kaya raya dgn jumlah ternakan seperti itu, tapi saya percaya ianya merupakan langkah penting bagi saya memajukan perniagaan ini.


Tidak dapat lari dari isu kewangan, saya telahpun menghantar permohonan pembiayaan kepada pihak yg berkaitan...mudah2han Allah mempermudahkan kepada saya untuk mendapat kelulusan dan juga segala proses berjalan lancar...


Mudah2an suatu hari nanti saya dapat menoleh seketika ke belakang sambil tersenyum dan berkata " alangkah manisnya kejayaan ini!"......


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails