Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Saturday, December 7, 2013

Info terkini Kursus Ternakan Puyuh siri ke 2/ 2013...

Assalammualaikum buat semua....berikut maklumat terkini berkenaan kursus puyuh:-

1) Tarikh - 29/12/2013 (Ahad)

2) Tempat - Dewan Masyarakat, Kg. Teluk Menegon, Seksyen 36 Shah Alam.(dulu daerah Klang)

3) Masa - 800 pagi - 2 00 petang

4) Yuran - RM 150 (deposit RM50 perlu di bank in selewat2nya pada 10/12/2013 dan baki RM 100 bayar pada  hari kursus)

5) Kursus teori akan diadakan di dewan dan lawatan ke reban saya di kawasan berdekatan. Yuran termasuk minum pagi, makan tengahari, nota kursus dan sijil.


Kepada yang berminat, jangan lepaskan peluang ini. sila hubungi saya di talian 0136037650 sekarang!


Sunday, November 24, 2013

"Nipple drinker with cup"...sistem minuman auto untuk puyuh dan ayam.

Sekian lama mencari akhirnya saya telah jumpa nipple drinker/ puting minuman untuk puyuh dan ayam yang sesuai untuk dipasang dengan paip pvc 20 mm yg mudah didapati di kedai2 hardware. Uniknya nipple drinker ini, selain membolehkan bekalan air disalurkan terus menerus 24 jam kepada ternakan anda, ia juga didatangkan dengan drip cup atau mangkuk tadahan bagi mengelakkan percikan air membasahi lantai. Dengan ini najis puyuh/ ayam tidak basah dan mengurangkan masalah bau busuk.

       Mungkin untuk permulaan, pemasangan nipple ini akan sedikit memakan masa, tetapi percayalah setelah ianya dipasang dengan baik, maka anda boleh melupakan terus hal pemberian air kepda ternakan anda. Ini kerana air akan sentiasa mengalir dan keluar apabila puyuh/ayam mematuk pin pada nipple drinker ini.  



Jika berminat, sila hubungi saya di talian 0136037650.

Tuesday, November 12, 2013

Kursus Ternakan Puyuh siri 2/2013

Salam sejahtera buat semua pembaca....

Oleh kerana masih terdapat permintaan dari luar sana untuk menghadiri kursus ternakan puyuh ini, maka saya bercadang untuk mengadakan siri ke 2 dijangka pada hujung bulan 12 nanti..kepada sesiapa yang terlepas siri pertama dan ingin hadir, sila sms atau telefon saya bagi mengesahkan kehadiran...

terima kasih...

azwan 0136037650

Tuesday, October 29, 2013

Selesai Kursus Ternakan Puyuh Siri 1/2013....

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya anjurkan kursus ternakan puyuh buat julung kalinya...seramai 14 orang peserta dari pelbagai latar belakang telah sudi meluangkan masa dan tenaga bagi menghadiri kursus ini...Harapan saya agar peserta kursus sedikit sebanyak telah mendapat gambaran sebenar mengenai industri puyuh... mudah-mudahan ada yang dapat merealisasikan impian untutk bergelar uasahawan puyuh berjaya!






Wednesday, August 28, 2013

Kursus Ternakan Puyuh!


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya...
Akhirnya saya telah menemui cara yg lebih efektif utk akses ke blog saya ni...mudah2han kali ni lebih mudah untuk saya berkongsi maklumat dengan rakan2 semua...

Sebenarnya saya seringkali menerima pertanyaan dari mereka yang berminat untuk menceburi bidang ternakan puyuh ni. ramai juga yg menyatakan kesanggupan utk pergi kursus yg berkaitan...setakat ini satu2nya kursus yang saya tahu ialah yg dianjurkan oleh Institut Teknologi Unggas di Melaka melalui Jabatan Veterinar. Tetapi baru2 ni saya dengar kursus ini agak sukar utk dijalankan dengan segera memandangkan kekurangan bajet dari pihak yg berkaitan. Oleh itu saya ingin menawarkan kursus puyuh secara insentif yg hanya memakan masa lebih kurang setengah hari. Butir2 kursus adalah seperti berikut :-

1) Lokasi : - Reban puyuh saya di Kg. Teluk Menegon, Klang

2) Tarikh : - Hujung bulan Oktober 2013(tarikh yg tepat akan diberitahu kelak)

3) Masa : -  8.30 pagi - 1.30 tengahari

4) Kandungan kursus :- a) Pengenalan kepada ternakan puyuh
                                     b) Cara-cara pemeliharaan puyuh telur, puyuh pedaging, dan baka
                                     c) Asas pembinaan reban dan sangkar puyuh
                                     d) Potensi pasaran puyuh

5) Yuran kursus :-  RM 150 seorang( termasuk nota ternakan puyuh dan makan tengahari)


Saya percaya kursus ini bukan sekadar teori semata2, malah saya sendiri selaku penternak yang telah terlibat lebih kurang 5  tahun dalam industri puyuh ini akan mencurahkan pengalaman-pengalaman berharga saya.

Untuk makluman buat kali pertama, saya akan menerima sekitar 5-10 orang peserta sahaja..Jadi jika anda berminat utk melibatkan diri dlm penternakan puyuh secara sepenuh masa ataupun sekadar ingin menambah pengetahuan, saya mengalu2kan kedatangan anda....

Sila hubungi saya di talian 013-6037650  untuk tempahan.

Sekian.





Friday, June 14, 2013

Beberapa produk berguna dlm dunia ternakan

Salam hormat buat rakan2 sekalian.. agak lama sya tak update blog ni...bukan apa cuma x tahu ape yg silapnya, blog saya x dpt diakses secara 100% dari laptop sya ni. tapi yg peliknya, kalo sya buka blog ni dari komputer lain ok plak...

Apapun kat sini sya ingin mempromosikan beberapa produk yg sesuai utk digunakan dlm industri penternakan terutamanya ternakan puyuh dan juga ayam.

1) EM 1



    Rasanya dah ramai yg tahu kebaikan EM ini secara kasar. Ianya merupakan sejenis kultur hidup/bakteria baik yg digunakan dgn dicampurkan ke dlm minuman atau makanan ternakan. ia berfungsi memberi kesan positif kpd sistem pencernaan dan kesihatan haiwan secara amnya. selain itu jika disemburkan kepada najis haiwan, mampu mengurangkan bau busuk dan memberi keselesaan kpd haiwan mahupun kawasan persekitaran.


2) Nipple drinker


Auto Bell Drinker


Stainless Steel Nipple drinker

     Kebiasaannya dlm pemberian minuman kepada puyuh mahupun ayam, kita menggunakan bekas minuman bewarna putih yg terdpt dlm berbagai saiz. ada juga bekas minuman yg lebih canggih spt "bell drinker" yg punca airnya boleh disamnbung terus dgn paip atau tangki air menjadikannya sistem automatik di mana air minuman akan sentiasa ada. jadi tidak perlu risau faktor kekurangan air atau terlupa mengisi bekas minuman lagi...tetapi pada saya antara sistem terbaik dlm memberi minuman secara automatik sepenuhnya ialah menggunakan sistem nipple...dgn pemasangan paip yg disambungkan dgn punca air, maka puyuh atau ayam dpt minum dari bekalan air yg sentiasa bersih . lebih baik dari sistem bell drinker atau yg seumpamanya...walaupon modalnya agak tinggi sikit, tetapi sya percaya pulangannya amat berbaloi kerana anda tidak perlu lagi mengisi air secara manual dan tidak perlu mencuci bekas minuman tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails