Salam sejahtera buat rakan2 pembaca blog ini...ingin saya maklumkan kepada anda semua bahawa buat masa ini saya akan menulis apa2 entri berkaitan ternakan puyuh di FB Page Azwan Agro. Jadi jika anda semua ingin mendapatkan info atau tips2 terkini berkaitan ternakan puyuh khusunya bolehla like page tersebut..
Berkaitan kursus puyuh pula, buat yg masih belum tahu...saya akan mengadakan Kursus Ternakan Puyuh Siri 3/2014 pada 7/9/14 ini. Kepada yang berminat, anda boleh menghubungi saya di talian 0136037650 utk maklumat lanjut. Kursus akan dijalankan dari jam 8 pagi hingga 2 petang.Tarikh akhir untuk pengesahan ialah pada 31/8/14...Jadi jika anda berminat untuk belajar secara serius tentang ternakan puyuh ini, dijemput hadir ke kursus tersebut.
Ingin juga saya nyatakan di sini, saya kerap menerima panggilan dari orang ramai yg berminat untuk mengetahui dan belajar tentang ternakan puyuh ini. Kerap kali juga mereka mahu datang ke reban dan berjumpa sendiri dengan saya.Perlu saya nyatakan di sini, walaupun saya amat berbesar hati menerima kunjungan tetamu tetapi saya cuma seorang penternak puyuh yang selalunya agak sibuk melakukan tugas2 harian menjaga puyuh dan melakukan penghantaran pesanan pelanggan. Jadi agak mustahil untuk saya menerima semua kunjungan tetamu pada masa yang sama saya juga perlukan masa untuk diri sendiri dan keluarga di samping menguruskan perniagaan. Inilah antara sebab kenapa saya mengadakan Kursus Ternakan Puyuh ini dimana tuan2 yang berminat untuk belajar tentang puyuh boleh hadir ke kursus yang saya anjurkan. Mudah2han tuan2 yang hadir beroleh ilmu yang bermanfaat dan dapat menyumbang kepada ekonomi keluarga kalaupun tidak kepada negara....
Blog promosi daging puyuh, telur puyuh,benih puyuh, cara2 penjagaan dan lain2...
Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P
Saturday, August 23, 2014
Thursday, June 5, 2014
Kursus Asas Ternakan Puyuh Siri 2/2014....
Salam hormat dan selamat sejahtera diucapkan buat pembaca.....Saya akan mengadakan kursus ternakan puyuh siri ke 2/2014 seperti berikut:-
1) Tarikh : 22hb Jun 2014
2) Masa : 8.00 pagi - 2 petang
3) Tempat : Dewan Masyarakat MBSA Kg Telok Menegon, Klang
4) Yuran : RM 150 termasuk minum pagi, makan tengahari, nota kursus dan sijil penyertaan.
Kepada mereka yang berminat utk hadir boleh hubungi saya di talian 0136037650 utk membuat tempahan.
Terima kasih.

Friday, March 7, 2014
Kursus Ternakan Puyuh Siri 1/ 2014
Salam sejahtera buat rakan2 sekelian...atas permintaan ramai, Kursus Ternakan Puyuh kini kembali...!! Jika anda berminat menceburkan diri dlm dunia ternakan puyuh atau mendapatkan info yg lebih tepat..sila hadirkan ke kursus ini....pastikan anda mendapat ilmu yg sepatutnya sebelum membuat pelaburan puluhan atau ratusan ribu ringgit ke dlm perniagaan ini...
Maklumat kursus seperti berikut:-
1) Tarikh : 23/3/2014
2) Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
3) Lokasi : Dewan Masyarakat MBSA Kg Telok Menegon (kelas teori)
4) Yuran : RM 150 seorang termasuk - minum pagi, makan tengahari, nota kursus dan sijil penyertaan
5) Tentatif Program : 8.00 - Pendaftaran dan minum pagi
8.30 - Kelas teori
12.30 - Lawatan ke reban puyuh
2.00 - Makan tengahari & penyerahan sijil
Kepada yang berminat sila smskan nama penuh anda, ic no. dan alamat kpd saya. Tarikh tutup permohonan pada 12/3/2014 atau jika peserta telah mencukupi. Untuk makluman, tempat terhad kepada 20 orang peserta pertama sahaja!
Terima kasih,
Azwan 0136037650

Sunday, January 12, 2014
Selesai kursus puyuh siri 2 dan yang terakhir....
Bab Kursus
Alhamdulillah...kursus ternakan puyuh siri 2 telah selesai dijalankan...peserta kali ini seramai lebih kurang 21 orang...ya, inilah kurus ternakan puyuh yg terakhir saya jalankan...buat tahun 2013!... untuk tahun 2014 ini jika ada permintaan yg menggalakkan saya akan buat pada awal bulan 3 nanti. Insyaallah... segalanya masih dlm perancangan...
Bab Ular
2 hari sebelum kursus dijalankan, sewaktu saya dlm perjalanan pulang dari menghantar pesanan pelanggan tiba2 dapat panggilan dari pekerja saya. "bos, bos...ada mana? tanya pekerja saya.... "ada dekat klang, apa pasal?" "cepat balik bos, ada ular besar!"...terus darah saya menyirap...ini kali keempat ular sawa masuk ke reban saya....2 kali terawal, saya terus hubungi pihak 999 yg akhirnya menyambungkan saya dgn pihak Jab. Pertahanan Awam...(bomba pon malas nak layan kes ular agaknya) dan dgn khidmat JPA inilah yg menangkap ular sawa terbabit dan membawa pulang ke markas mereka di Klang.
Kali yg ketiga bila ular sawa masuk reban, saya dah mula anggap mcm bukan satu kejutan sgt..dan Alhamdulillah saya berjaya menangkap sendiri ular tersebut tanpa bantuan sesiapa...(berani2 takut)...So kali ni, pekerja saya yg terperasan ular sawa melingkar kekenyangan di bawah reban puyuh...tentulah beberapa ekor puyuh telah menjadi mangsa kerakusan ular tersebut....pendek cerita bila sampai di reban saya terus melihat keaadan ular tersebut dan mengambil wayar dan sebatang kayu sebagai alat utk menjerut leher ular terbabit....oleh kerana kedudukannya di bawah sangkar puyuh, maka saya meminta pekerja saya menolong mengangkat sangkar tersebut.beliau yg agaknya takut enggan berbuat demikian. lantas saya kata, "ok, u pegang ini tali, kasi masuk itu ular punya kapla"...so dia kata ok...sayala yng kena mengangkat sangkar puyuh itu. sebaik saja saya angkat sangkar, ular itu mula bergerak utk melarikan diri...terus saya arahkan pekerja utk menjerut leher ular terbabit...tapi agaknya oleh kerana takut dan terkial2...kepala ular masih belum berjaya dijerut, ular pula cuba melarikan diri. terus saya capai kayu yg mempunyai tali di hujungnya dan jerut leher ular terbabit. sebaik saja lehernya dijerut ular terbabit cuba menerkam tetapi tersasar dan rahangnya mencengkam pada guni tahi puyuh yg berdekatan. terus saya tarik ular tersebut keluar reban dan masukkannya ke dalam guni. saya siap offer dengan pekerja saya kalo die nk makan ular tu...(pekerja ni bangsa Myanmar) die kata x makan. lagipon besar. saya pon buat keputusan menyerahkan ular terbabit kepada pihak JPA...
Bini saya kebetulan melihat kejadian tersebut dan beliau kata, 'apala pekerja awak ni...tangan penuh tattoo...tapi suruh tangkap ular takut pulak" (pekerja saya ni mempunyai tatto kala jengking di belakang tapak tangannya... sekali tgk mungkin org sangka die ketua kongsi gelap paling berbahaya di Malaysia...:)..saya hanya mampu tersenyum....
Mungkin utk kursus akan datang saya akan masukkan modul latihan cara2 menangkap ular...buat persediaan kepada bakal2 penternak puyuh nanti...hehe.
Bab Umrah
Insyaallah...pada 31/1/14 ni bersamaan hari Jumaat, saya akan pergi menunaikan umrah buat pertama kalinya....dan saya akan pulang ke Malysia pada 14/2/14....jadi sebarang pertanyaan berkenaan belian anak puyuh, peralatan ternakan puyuh, tuan2 bolehla tanyakan sebelum atau selepas tarikh tersebut...untuk makluman, buat masa ni stok anak puyuh mmg telah habis. insyaallah balik umrah nanti saya akan tambahkan lagi stok2 anak puyuh ni baik baka pedaging mahupun penelur.
Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog saya..mungkin tanpa saya sedari ada dikalangan tuan dan puan yg terasa hati dgn tindak tanduk saya selama ini. mohon agar anda semua dpt mendoakan pemergian saya menunaikan umrah ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)