Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Thursday, November 4, 2010

Ubat...


Kali ni oleh kerana saya ade menetaskan baka puyuh Peranchis(baka daging), maka atas nasihat rakan, saya memberikan sejenis vitamin kepada anak puyuh yg berumur 3-4 hari. Vita-bio ini merupakan sejenis supplement yg boleh menambah-baik kesihatan anak2 puyuh tersebut.Bila difikirkan kembali, saya memang pernah memberikan vitamin ini kepada puyuh saya sewaktu mula2 saya mencuba menternak spesies ini.

Sebenarnya ade pendapat mengatakan yg puyuh jenis ini agak sensitif berbanding puyuh jenis penelur, terutamanya antara umur sehari ke 2 minggu.Jadi sebab itulah perlunya supplement ini diberikan.

Selain itu, mengikut maklumat vet...Vita-bio ini juga boleh diberikan kepada ternakan sebagai anti stress terutamanya di waktu panas melampau.Ia juga boleh diberikan kepada anak2 puyuh/ayam yg baru sampai dari perjalanan yg panjang, yg mana ia juga sebagai anti stress.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails