Salam sejahtera buat semua pembaca blog...dah dekat 2 bulan saya x post entry baru..rasenya tiada berita yg menarik sgt utk dikongsi. Pembinaan reban bertingkat telah siap sekitar 40%...dan kini dihentikan sementara bagi memberi laluan untuk memasukkan puyuh2 betina yg baru.Tambahan pula modal yg telah habis digunakan...harapnya puyuh yg dah mula belajar bertelur mampu memberikan pulangan yg sewajarnya..
Dalam tempoh 2 bulan ini juga, ada dua kumpulan yg dtg melawat ke reban saya. Satu dari pihak RTM dan satu lagi terdiri daripada pelajar2 UiTM dari Segamat. Sebenarnya saya agak berat hati pada mulanya utk menerima pelawat memandangkan keadaan reban yg masih belum siap sepenuhnya...tapi memandangkan Puan Intan dari RTM ingin menonjolkan reban saya dalam rancangan terbitan RTM iaitu "Chef Adik" maka saya pon merasakan ianya satu peluang utk saya mempromosikan perniagaan saya ini. Jadi kepada para pembaca sekelian jangan lepaskan peluang menonton rancangan Chef Adik pada setiap hari Sabtu jam 10.30 pagi di TV1. Segmen yg menonjolkan reban saya dikhabarkan akan ke udara semasa bulan puasa.bila tarikhnya? akan saya beritahu kelak...
Pelawat kedua terdiri dari pelajar UiTM Segamat. Ini merupakan kali kedua pelajar UiTM dtg ke reban saya. kali pertama merupakan pelajar dari UiTM Jengka. Oleh kerana niat membantu pelajar2 ini dlm menyiapkan assignment mereka, maka saya pun menerima kedatangan mereka dengan seadanya...yela...dulu kita pon macam mereka jugak..kalo tiada org yg membantu, mcmana pula nk menyiapkan assignment tersebut ye tak?
Sebenarnya dlm keghairahan menerima tetamu, x banyak sedikit timbul kerisauan...bukan apa, ternakan unggas ini sebenarnya mudah terdedah kepada serangan kuman, virus dan yg seangkatan dengannya...jika tanpa disedari pelawat yg datang itu membawa bersama kuman/virus yg tidak dikehendaki...silap2 haribulan dlm masa seminggu sahaja satu reban puyuh boleh pergi tak kembali....benar, serangan virus seperti Sampar, Gumburo, Newcastle Disease dan bermacm lagi biasa terjadi akibat penyebaran tanpa disedari ini...pelawat yg datang mungkin pernah pergi ke reban atau tempat2 yg telah dicemari oleh kuman/ virus penyakit tertentu...kuman tersebut telah melekat pada tapak kasut/alas kaki mereka. Jadi apabila mereka datang ke reban kita secara tidak langsung kuman itu telah dipindahkan dengan jayanya...tau-tau aje dalam seminggu ternakan kita dah monyok dan akhirnya berlaku kematian mengejut secara berjemaah...inilah yg paling ditakuti oleh para penternak unggas sebenarnya...
Oleh kerana itu sebaik-baiknya kita menghadkan pelawat ke reban kita. kalau boleh jangan menerima tetamu langsung jika tidak benar2 penting. Jika tetamu mahu dtg juga pastikan dulu latar belakang mereka. Samada mereka ada menternak sebarang jenis unggas atau yg lebih penting adakah ternakan mereka sedang diserang penyakit....kepada pelawat yg bukan penternak, pastikan mereka terus dtg ke reban kita dahulu. Jangan singgah ke tempat2 lain.. kerana dikhuatiri mereka boleh membawa penumpang yg tidak diundang ke reban kita....kedengaranya seolah2 perkara yg remeh...tetapi sebagai seorang penternak, perkara ini telah acap kali saya dengar dari rakan2 penternak yg lain...
Dalam pada itu ada cara lain yg boleh dilakukan bagi mengawal penularan wabak penyakit ini dari menjengah ke reban kita. Kita boleh memberikan vaksin pada ternakan kita, terutamanya jika kita ketahui musim2 penularan penyakit sedang berlaku...akan tetapi pemberian vaksin pun bukanlah sesuatu yg mudah dan murah....ianya perlu dilakukan dengan mengikut kaedah tertentu seperti yg disyorkan oleh penjual ubat. Vaksin juga mempunyai tempoh luput atau jangka hayat tertentu. cthnya ada vaksin yg berkesan hanya dlm tempoh 6 bulan dari tarikh ianya diberikan. Dan paling penting, vaksin diberikan sebelum ternakan kita diserang penyakit dan bukannya setelah ianya diserang penyakit kerana cara itu tidak akan memberikan sebarang kesan...
Satu cara lagi ialah dengan menggunakan disinfection atau bahan nyahkuman/antikuman.Bahan ini berfungsi dengan cara membasmi/membunuh kuman2 tersebut. Virodin seperti gambar di atas adalah merupakan salah satu bahan yg kerap digunakan bagi tujuan ini. Ianya digunakan dengan cara mencampurkan bahan ini dengan beberapa bahagian air dan disembur, atau dituang terus ke tempat2 kediaman ternakan kita. Biasanya dilakukan sebelum ternakan dimasukkan ke dalam reban. Satu lagi cara yg biasa digunakan ialah dengan menyediakan bekas untuk mencelup tapak kasut bagi mereka yg ingin masuk ke reban kita.Campuran virodin dan air biasa kemudian dituang ke dalam bekas tersebut.Sebelum pelawat ingin masuk ke reban, pastikan mereka mencelupkan tapak kasut ke dalam larutan tersebut. Pastikan hanya tapak kasut yg dicelup ke dalam larutan tersebut dan tidak terkena kulit kerana ianya boleh menyebabkan kegatalan kepada tuan empunya kaki....
sekian....
Saya pun berminat hendak menternak puyuh daging dengan kawan saya di Temerloh. Boleh ke tuan menyediakan anak puyuh ke Temerloh jika kami berminat. berapa ekor sebagai permulaan.
ReplyDeleteSaya bela burung puyuh tapi lantai dia tanah..blh bantu info sbg org melayu..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDelete