Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Saturday, August 23, 2014

Info terkini....

Salam sejahtera buat rakan2 pembaca blog ini...ingin saya maklumkan kepada anda semua bahawa buat masa ini saya akan menulis apa2 entri berkaitan ternakan puyuh di FB Page Azwan Agro. Jadi jika anda semua ingin mendapatkan info atau tips2 terkini berkaitan ternakan puyuh khusunya bolehla like page tersebut..

           Berkaitan kursus puyuh pula, buat yg masih belum tahu...saya akan mengadakan Kursus Ternakan Puyuh Siri 3/2014 pada 7/9/14 ini. Kepada yang berminat, anda boleh menghubungi saya di talian 0136037650 utk maklumat lanjut. Kursus akan dijalankan dari jam 8 pagi hingga 2 petang.Tarikh akhir untuk pengesahan ialah pada 31/8/14...Jadi jika anda berminat untuk belajar secara serius tentang ternakan puyuh ini, dijemput hadir ke kursus tersebut.

           Ingin juga saya nyatakan di sini, saya kerap menerima panggilan dari orang ramai yg berminat untuk mengetahui dan belajar tentang ternakan puyuh ini. Kerap kali juga mereka mahu datang ke reban dan berjumpa sendiri dengan saya.Perlu saya nyatakan di sini, walaupun saya amat berbesar hati menerima kunjungan tetamu tetapi saya cuma seorang penternak puyuh yang selalunya agak sibuk melakukan tugas2 harian menjaga puyuh dan melakukan penghantaran pesanan pelanggan. Jadi agak mustahil untuk saya menerima semua kunjungan tetamu pada masa yang sama saya juga perlukan masa untuk diri sendiri dan keluarga di samping menguruskan perniagaan. Inilah antara sebab kenapa saya mengadakan Kursus Ternakan Puyuh ini dimana tuan2 yang berminat untuk belajar tentang puyuh boleh hadir ke kursus yang saya anjurkan. Mudah2han tuan2 yang hadir beroleh ilmu yang bermanfaat dan dapat menyumbang kepada ekonomi keluarga kalaupun tidak kepada negara....




3 comments:

  1. Mohon nak bertanye?Betolke ade jual telur ayam untuk tetasan?Berape harge?

    ReplyDelete
  2. Tuan,sy bminat utk membeli burung puyuh hidup anggaran 30-40 ekor..nnti wasap saya dr segi hrga 0194003477

    ReplyDelete
  3. boleh tuan tingglkan no telefon supaya senang utk saya berhubung...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails