Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Friday, November 6, 2009

Permulaan Projek...

Asalnya saya tercari2 projek ternakan yg boleh dimulakan dgn modal yg kecil, tidak memerlukan tempat yg terlalu besar dan boleh mendapat hasil yg agak cepat....

Oleh kerana sewaktu bersekolah dulu saya sering menolong ayah menjaga ayam sabung peliharaannya sehingga saya pon menjadi seronok...maka saya terfikir kenapa tidak saya memulakan projek ternakan ayam atau yg berkaitan dgnnya...

Apalagi kalo bukan puyuh....dgn tempoh matang yg cepat sekitar 30 hari, kos permulaan yg kecil berbanding ternakan lain spt lembu, kambing dan lain2...dan juga tidak memerlukan kawasan yg besar....

Saya bermula dgn mencari pembekal anak2 puyuh ni... sambil mencari maklumat melalui buku2 dan internet tentang penjagaan puyuh...mohon juga kursus ternakan puyuh di IKTA tetapi belum berhasil kononnya jumlah pemohon terlalu ramai dan saya disarankan menunggu sehingga 3-4 bulan lagi....apepon saya bulatkan hati utk buat dulu berdasarkan maklumat yg ade...

So next step plan nk buat rebannya... oleh kerana saya nk mula secara kecil2lan...maka saya menggunakan atap reban dari khemah pasar tani...reban itu sendiri dari gabungan kayu terpakai dan baru...jadi reban pon saye tukang sendiri, 1 meter x 1 meter...boleh memuatkan 50-60 ekor pada satu2 mase....kemudian yg paling penting sistem lampunya utk tujuan memberikan haba kepada anak2 puyuh...haba ni perlu diberikan sehingga anak puyuh berumur 10-14 hari.Reban yg dibuat adalah sebanyak 4 buah yg boleh memuatkan sehingga 200-240 ekor puyuh...

Jadi secara kasar kos buat reban, beli perkakas minuman n makanan, buat sistem lampu, sedikit antibiotik pon dh cecah RM 650.00...

Itu x termasuk kos anak puyuh utk 250 ekor dan makanannya...

Kos anak puyuh 250 ekor dan makanan sebanyak RM360.00....jadi jumlah semua lebih kurang RM1000.00 ++... Hmm bnyk jugak utk projek kecil2lan eh? at least bagi sayela...:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails