Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P

Sunday, December 18, 2011

Pembinaan dah bermula...




Kesan tayar backhoe..dah jadi mcm longkang kecil pulak.






tanah yg telah diratakan. tunggul kayu yg masih belum berjaya dikorek.





Backhoe sedang mengorek kolam septik





Backhoe sedang memasuki kawasan reban




Backhoe sedang bersiap sedia





Tapak reban baru. baru sempat dimesin sebahagian rumputnya.





Reban lama, di belakang tu tapak cadangan utk reban baru.





Ok, mcm yg saya bagitau dulu...saya mmg dah lame bercadang nak tambah kapasiti ternakan puyuh saya...cuma sekarang ni baru ada rezeki.. jadi pada hari sabtu yg lepas, Wak Din (kontraktor yg diimport khas dari kepulauan Jawa) telah dtg bersama2 backhoe utk meratakan kawasan yg akan dibina reban baru.


Sekitar jam 11 pagi backhoe mula masuk ke kawasan....Pilot backhoe menyatakan kerisauan beliau memandangkan keadaan tanah yg lembut akan menyukarkan kerja....dan seperti yg dijangka mmg itulah yang terjadi...tanah yg ingin diratakan sebaliknya bukan bertambah rata, tetapi menjadi lekuk dan berlopak akibat tekanan berat backhoe tersebut.


Ada beberapa batang pokok kecil dan 2 tunggul yg agak besar perlu dicabut...selain meratakan tanah dan juga menggali lubang utk tangki septik berukuran 5x5x20 kaki. Ketika jam menunjukkan pukul 12.30 tghari saya pun meninggalkan kawasan reban dan mengamanahkan Wak Din untuk memantau kerja2 tersebut di samping menunggu barang2 binaan seperti kayu, pasir dan besi y tiba. Agak kecewa sikit bila saya tiba jam 2 ptg kemudian kerja2 meratakan masih x banyak perkembangan. . bahkan 2 batang tunggul tersebut pon belum lagi dicabut...Wak Din pun berbisik kpd saya mengatakan yg pilot backhoe kali ni agak lembap kerjanya.... x spt pilot yg dulu yg lebih cepat...



Apapun saya tinggalkan kawasan reban sekali lagi dan dtg semula kira2 jam 6 ptg utk memberipuyuh makan...lubang utk tangki septik akhirnya siap digali, tanah juga telah diratakan walaupun dlm keadaan becak dan agak lembap...cuma yg agak terkilan, sebatang tunggul lagi masih tidak berjaya dikorek keluar.. backohoe dengan pilot beserta Wak Din pon dah x nampak btg hidung...apapun tgk hari isnin nanti...apa agaknya idea Wak Din utk korek keluar tunggul tersebut....




bersambung...















Thursday, December 15, 2011

Lamanya tak update blog...

Alhamdulillah..setelah sekian lama tanpa sambungan internet, skrg baru dpt "beronline" semula...saya sebenarnya sudah berpindah dlm 2 bulan ke rumah baru di klang. rumah yg saya sewa selama 5 tahun lebih di shah alam akhirnya telah ditinggalkan....

Kebetulan pula, isteri saya baru saja melahirkan anak kami yg pertama...syukur alhamdulillah...pun setelah 5 tahun lebih menunggu...akhirnya kami beroleh rezeki yg tidak ternilai harganya...

Lama betul x update blog, dah dekat 6 bulan rasenya...perkembangan terkini, saya dah buat perjanjian dgn tuan tanah skrg utk jangka masa yg agak lama bagi mengembangkan ternakan puyuh saya. permohonan pinjaman saya juga telah diluluskan...skrg ni tgh tunggu tukang utk start beli barang dan mula kerja pembinaan..

Bila difikir2kan, bnyk juga kerja yg perlu dilakukan...saya pon sebenarnya agak risau memikirkan kos pembinaan yg mungkin akan melebihi pinjaman saya...itu belum dicampur dengan kos makanan dan benih lagi....rase mcm menyesal pulak sebab x buat pinjaman lebih..

Apapun, cukup x cukup...kenala saya cuba berjimat sedaya upaya....mudah2han dgn pembinaan reban baru dpt membantu meningkatkan taraf hidup saya sekeluarga dan dengannya saya dpt membantu kedua ibu bapa dgn lebih baik lagi serta membantu kaum muslimin dan muslimat yg memerlukan...insyaallah..

Sunday, June 26, 2011

Menoleh seketika ke belakang....

Salam buat semua rakan pengunjung mahupun rakan2 seperjuangan yg gigih menternak...moga2 kita sentiasa diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah swt dlm menjalani kehidupannya yg penuh pancaroba...


Telah hampir setahun setengah sebenarnya saya mendirikan reban dan menternak puyuh secara sepenuh masa.Kalo diikutkan sebelum menceburkan diri dlm bidang ni, saya terlebih dahulu terlibat dalam perniagaan gerai selama 3 tahun...jadi jumlah keseluruhan ialah hampir 5 tahun saya berniaga atau kata lain bekerja sendiri. Masih terlalu jauh saya dari kesenangan yg diimpikan, namun saya tetap bersyukur kerana masih diberikan rezeki yang halal oleh yg maha esa.


Kalau diikutkan, berkerja sendiri atau berniaga memang bukan sesuatu yg mudah...senang kata semua orang boleh berniaga..tetapi bukan semua yg berniaga itu boleh berjaya...kalo anda makan gaji dah tentu tiap2 bulan gaji akan masuk ke akaun, tetapi tidak begitu bagi org yg berniaga...kadang2 kita berniaga setiap hari tanpa cuti, tapi pendapatan kita masih x cukup utk menampung perbelanjaan bulanan. Belum lagi mengambil kira faktor2 pemasaran, karenah pelanggan, hutang dan sebagainya..


Kini setelah setahun setengah dlm bidang ternakan puyuh, saya rasa saya telah bersedia untuk memasuki fasa kedua...apa itu fasa kedua? bagi saya tidak lain tidak bukan dengan mengembangkan perniagaan puyuh saya ini. Saya harap saya dapat membina sebuah lagi reban yang bersaiz 2 kali ganda dari reban yg ada skrg...dgn reban sebesar itu mudah2an saya dpt menternak sekurang2nya 5 ribu ekor puyuh pada satu2 masa....walaupun saya tidak mungkin menjadi kaya raya dgn jumlah ternakan seperti itu, tapi saya percaya ianya merupakan langkah penting bagi saya memajukan perniagaan ini.


Tidak dapat lari dari isu kewangan, saya telahpun menghantar permohonan pembiayaan kepada pihak yg berkaitan...mudah2han Allah mempermudahkan kepada saya untuk mendapat kelulusan dan juga segala proses berjalan lancar...


Mudah2an suatu hari nanti saya dapat menoleh seketika ke belakang sambil tersenyum dan berkata " alangkah manisnya kejayaan ini!"......


Wednesday, May 18, 2011

Puyuh Telur - tunggu masa bertelur

Salam buat semua...kini saya ada stok puyuh telur dlm 4o hari. bila2 mase saje puyuh ni sedia utk bertelur..saya ada stok dlm 500 ekor. sesiapa yg berminat, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut....

terima kasih

Thursday, May 12, 2011

Tanah oh tanah.....

Salam buat semua rakan2... lame dah x update blog ni...xde cter sgt pon.

Cuma nak share sikit cerita pasal kawan saya....semalam dapat call dari dia. Boleh dikatakan die ni pon mcm sifu saya la dlm ternakan puyuh ni. kawan saya ni menternak puyuh pon x la lame sgt. ade dlm 2 tahun lebih.

Ceritanya begini, dulu kawan saya ni ade menyewa tanah seorang penduduk di tempatnya utk dibuat reban puyuh. Dgn kadar RM 100 sebulan, dapatla beliau mendirikan reban bersaiz 20x20 kaki. Setelah setahun beroperasi, dgn permintaan yg semakin menggalakan, beliau pon membesarkan rebannya menjadi 20 x 45 kaki.

Dari sekitar 1500 ekor menjadi dekat 5000 ekor puyuh. nak dijadikan cerita, semalam beliau call saya bagitau yg die nak jual incubator beliau. katanya puyuh die habis dah disembelih. reban pon dah kosong. rupa2nya, ikut cerita dia ada sikit masalah dgn tuan tanah. kononya beliau nk buat rumah di tanah tersebut....pergh!...setau saya kawan saya baru je dlm 5 bulan tambah reban tu...dan modal beliau dah habis dlm RM 36 k untuk reban tersebut.....sekarang ni beliau cuma wat trading aje. ambil puyuh org dan jual.

Bayangkanlah keadaan kawan saya skrg....mmg kesian. nak jadikan cerita, duit modal reban baru tu sebenarnya die guna duit share partner die...mengamukla pulak kawan die tuh...skrg die tgh plan nak carik tempat lain yg sesuai plak...

Inilah asam garam penternak kecil2lan mcm kita...terutama mcm kami yg terpaksa menyewa tanah org lain untuk dibuat reban dan sebagainya. dlm kes ni, member saya pon satu...die mmg x buat ape2 perjanjian hitam putih dgn tuan tanah tersebut. bila jadi kes mcm ni, mmg nayala...
Jadi saya berpesan dgn rakan2 sekelian dan juga diri sendiri, dlm pade kita ghairah nk menceburkan diri dlm bidang ternakan ke, pertanian ke atau ape2 yg melibatkan soal tanah yg bukan milik sendiri, baiklah kita berhati2 dan pastikan kita ade surat perjanjian sewa tanah yg sah dan boleh dibawa ke mahkamah jika ade apa2 pertikaian di kemudian hari.

Kalo dah jadi mcm kes kawan saya ni mmg kesianla...itulah sumber pendapatan die sekeluarga...saya harap die dapat lokasi yg sesuai lepas ni... oh ya, kepada sesiapa yg berminat nak membeli incubator terpakai berkapasiti dlm 2000 biji(telur puyuh), bolehlah menghubungi saya. harga cuma rm 2800 shja.

Tuesday, March 22, 2011

African Pygmy Hedgehog






Salam buat semua...

Entry kali ni lari tajuk sket..asik puyuh je...kali ni kite layan landak plak....landak? ye, landak....tapi bukan jenis yg terdapat di malaysia....tetapi yg diimport dari luar..kononnya landak ni berasal dari Egypt walaupun namenya cam dari africa...

Saiz dewasa sekitar 8-9 inci panjang...mmg sesuai dipanggil sebagai landak mini...rasenya skrg ni pon dah jadi trend kt Malaysia utk org bela menatang ni...

Saya pon sebenarnya mcm tertarik gak utk bela...tgk pon cute jer...walaupon berduri, tapi itu yg wat die berbeza dari pet lain ye tak?

Harga seekor kalo x silap dlm RM100 - 150 . So kita layan pic sket...

Monday, March 21, 2011

Anak Puyuh baka Peranchis....



Salam buat semua....buat rakan2 yg mencari baka puyuh Peranchis/ pedaging untuk diternak...kini saya ade stok dlm 150 ekor berumur sehari. sesiapa berminat boleh hubungi saya..kalo yg berminat untuk buat tempahan untuk akan datang pon boleh.

Terima kasih

Saturday, February 12, 2011

Pesanan dari seorang kawan......



Alhamdulillah....akhirnya dpt jugak berjumpa dengan seorang kawan dari utara nih...selama ni dok chat kat FB dan sesekali tinggal komen di blog. Tapi hari ni rezeki dpt berjumpa dgn dia...

Asal kenal pon melalui blog jugak...dipendekkan cerita kami berjumpa di sekitar Taman Alam Damai...kawan nih sebenarnya salah seorang penternak ayam di kampungnya.... ikut katanya, ternakannya "xla banyak sgt".... sekitar 40 ribu ekor sepusingan aje...hehe...

Apapon saya merasa terkesan mendengar pengalaman dan nasihat2 beliau. Mudah2han saya dapat mengamalkannya. antaranya ialah:-

1) Jika anda mendapat keuntungan daripada perniagaan/ pendapatan walaupun sedikit hingga kadangkala nk guna sendiri pon x cukup, zakat tetap jangan dilupakan.Kerana jika kita utamakan zakat, Insyaallah rezeki akan menjadi lebih murah dan berkat.Bak kata sahabat, kita selalu meletakkan zakat di tempat terakhir selepas hal2 yang lain. Jadikan ianya perkara pertama yg kita lakukan bila mendapat hasil, maka keuntungan akan datang sendiri selepas itu.

2)Jika anda berniaga, buatlah pinjaman untuk memperbesarkan perniagaan tersebut. Dan pastikan anda membayar balik pinjaman tersebut....bila anda telah melakukan perkara tersebut, maka anda telah mempunyai rekod yg baik dengan pihak bank. Jadi bila anda ingin membuat lagi pinjaman di masa akan datang, dengan rekod bayaran balik yang cemerlang, maka lebih mudah pinjaman tersebut untuk lulus. Malah dalam sesetengah kes, pihak bank sendiri yg datang menawarkan pinjaman kepada anda. (Bukan dlm kebanyakan kes di mana ramai yg meminjam tapi x bayar2....hmm yg ni tgk loan PTPN pon dah tau)

3)Amalkan membaca Ayat Seribu Dinar sebanyak 3 kali, setiap kali selepas solat. Perbanyakkan solat tahajud, amalkan solat dhuha sekerap mungkin. Dengan izin Allah, rezeki menjadi lebih murah...pertolongan akan tiba dengan tidak disangka2.Yang ini mmg selalu dengar, tapi nk buat tu kdg2 culas sket...Azam kene buat!


4) Jika anda berminat menceburi diri dlm bidang ternakan ayam daging komersial ni, perkara yang paling utama perlu ada ialah TANAH, kedua MODAL...yang lain2 tu kemudian. Pokoknya, tanah ialah perkara wajib, kalo xde tanah kenalah usahakan mempunyai tanah yg sesuai terlebih dahulu.


Apapun saya percaya dlm setiap bidang yg kita ceburi tentu ada peluang untuk berjaya, asalkan kite mengerjakannya dengan sepenuh hati dan istiqomah. mudah-mudahan kita sama2 dapat mengerjakan sesuatu yg kita cintai dan mendapat hasil yang terbaik. Amin....





























Thursday, January 20, 2011

Kajian keperluan pengguna.

Salam buat semua....dalam memasarkan produk daging puyuh ni, saya terfikir jika anda semua lebih gemarkan daging puyuh mentah atau yg telah siap diperap dengan perencah2 tertentu ataupun mungkin yg telah siap di masak.

Oleh itu saya pohon kerjasama anda meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan disebelah kanan blog ini.

Moga2 maklumat daripada anda dapat saya gunakan bagi menambahbaik produk saya yang sedia ada.


Jika anda ada sebarang cadangan atau komen yg berkaitan, bolehla reply di chatbox atau emel terus kepada saya di ini_wanlaa@hotmail.com

terima kasih

Sunday, January 9, 2011

Perkembangan terkini

Puyuh Gred C - 130 gm - 145 gm seekor


Puyuh Gred A - 170 gm - 185 gm seekor

Puyuh Gred AA - 190 gm - 200 gm seekor



Salam sejahtera buat semua rakan2 bloggers....
Saje nak beritau perkembangan terkini majupuyuh....kini secara rasminya syarikat saya dikenali sebagai Azwan Agro Enterprise. Kenapa bukan Majupuyuh? pendek cerita nama tersebut telah digunakan oleh orang lain. Apapun Azwan Agro pon ok jugak, guna nama sendiri aje. Yang penting bussines masih berjalan seperti biasa.

Sekarang ni pengeluaran telur telah mencecah 750 biji sehari.. mungkin dlm seminggu dua ni akan mencecah 800 - 900 biji sehari. Ini tidak termasuk telur benih baka Perancis yg saya gunakan untuk tujuan penetasan anak puyuh.


Induk baka Perancis juga telah ditambah, jadi mudah2han saya dapat menjadi antara pengeluar benih puyuh di lembah kelang nanti.


Selain itu saya juga telah memasarkan kembali daging puyuh bersaiz gred A dan juga AA. Berat Gred A ialah 170 gm ke atas seekor, manakala Gred AA ialah 190 gm dan ke atas.

Kepada sesiapa yg berminat bolehla menghubungi saya. Untuk pesanan dlm kuantiti yg banyak, Insyaallah harga yg lebih menarik dapat ditawarkan.









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails