salam buat semua...berikut tambahan soalan yg diperolehi dari seorang rakan di Melaka...
Soalan 7) Apakah risiko dalam pemeliharaan puyuh daging?
Jawapan :- Untuk pengetahuan pembaca, sewaktu mula2 terlibat dlm ternakan puyuh mmg saya ada memelihara puyuh daging, tetapi sekarang lebih kepada telur dan benih. Jadi berdasarkan pengalaman saya yg terhad itu, saya dpt simpulkan risiko utama dlm ternakan puyuh daging ialah penyakit / kadar kematian(mortaliti rate) terutamanya sewaktu anak2 puyuh di bawah umur 10 hari. Anak puyuh mudah mati terutamanya jika kurang haba atau juga faktor2 penyakit yg lain. Kurang haba bermaksud kemungkinan haba yg diberikan tidak mencukupi menyebabkan ia duduk berhimpit2 hingga menyebankan ada yg mati lemas. jadi pastikan punca kematian yg utama ini ditangani sebaiknya. Selain itu, jika anda bercadang menternak puyuh secara komersial, masalah2 lain yg mungkin perlu diberi perhatian ialah, bekalan anak puyuh yg seringkali tidak mencukupi, harga dedak yg sering naik(turun jarang) dan juga faktor pasaran.
Soalan 8) Apakah jenis2 penyakit yg sering menyerang ternakan puyuh dan apakah jenis ubat2an yg digunakan?
Jawapan :- Secara umumnya ada 2 jenis penyakit yg sering terjadi kepada ternakan puyuh. Pertama ialah penyakit berkaitan pernafasan, dan kedua penyakit berkaitan sistem pencernaan.
Penyakit sistem pernafasan spt selsema, penyakit berkaitan paru2 dan sebaginya. manakala penyakit berkaitan sistem pencernaan spt berak kapur dan lain2. Ubat2tan perlu diberi mengikut jenis penyakit.sila berhubung dgn penjual ubat ternakan bagi mengenalpasti ubat2 yg sesuai)
Soalan 9) Bagaimanakah cara untuk mengira untung-rugi?
Jawapan:- Cara paling mudah ialah dapatkan jumlah perbelanjaan, dan hasil jualan (cthnya. jumlah jualan daging puyuh). Jumlah perbelanjaan.(cthnya, harga anak puyuh, dedak, bil air dan elektrik, upah pekerja jika ada dan sebagainya).Hasil Jualan - Jumlah Perbelanjaan = Untung Bersih.
Soalan 10) Apakah jenis2 vitamin dan antibiotik yg perlu digunakan?
Jawapan :- sama seperti jawapan sebelumnya, anda perlu merujuk kpd penjual ubat ternakan bagi mengetahui vitamin/ antibiotik yg sesuai untuk ternakan anda. Namun sebagai panduan saya ada menggunakan antibiotik spt Vitabio, ubat2 spt Neomycin sulphate dan AntiCRD. (sila refer di blog saya bahagian shortcut.)
Soalan 11) Apakah yg perlu diambil kira apabila nak memulakan ternakan puyuh ini?
Jawapan :- Saya rasa yg paling penting sebelum anda memulakan apa2 projek ernakan sekalipun ialah PASARAN. Ini kerana kebanyakan kita tiada masalah untuk menternak sesuatu ternakan. Tetapi apabila tiba bab pasaran, ianya menjadi masalah utama kpd sesetengah penternak.Pasaran menjadi penentuan kpd kejayaan sesuatu projek tersebut. Saya suka cadangkan agar anda membuat tinjauan pasaran di tempat anda terlebih dahulu.Cthnya adakah terdapat bnyk permintaan terhadap daging puyuh di kawasan anda? Siapakah calon2 pelanggan anda di kawasan tersebut? Berapa anggaran jumlah permintaan terhadap produk anda nanti? Kalau anda berupaya mendapatkan maklum balas positif terhadap soalan2 di atas, maka saya rasa anda bolehlah meneruskan projek ternakan anda.
Soalan 12) Berapakah modal yg diperlukan untuk memulakan ternakan puyuh daging ini?
Jawapan :- Jumlah modal bergantung kpd berapa besar projek yg ingin kita jalankan. Jika anda sekadar ingin menternak puyuh sebagai hobi maka jumlah 200 ekor mungkin memadai dan modal x lebih Rm 1 ribu ringgit memadai untuk tujuan pembinaan reban, stok makanan, stok benih dan sebagainya. tetapi jika anda ingin menternak secara komersial dan mungkin bermula sekitar dengan 1500 ekor puyuh.... maka anggaran modal yg diperlukan untuk pembinaan reban bersaiz 20x20 kaki(termasuk reban bertingkat), ialah lebih kurang 7-8 ribu ringgit. tidak termasuk kos anak puyuh dan dedak.
Sekian.
Salam en azwan. En Azwan tk pernah cuba hantar kat mane2 pasar beli belah yang besar2 ke puyuh ni?
ReplyDeleteDan lg satu En Azwan tk buat packaging plastic yang berwarna ke untuk daging2 puyuh tersebut supaya dapat dikomersialkan....dan custamer pun lebih yakin kot...
lg satu En Azwan kalau kita gunakan hoover iaitu sejenis pemanas untuk anak2 puyuh yang baru adakah lebih berkesan untuk mengelakkan kematian anak2 puyuh tersebut?
ReplyDeleteSalam Danial,
ReplyDeletesetakat ni mmg saya x pernah hantar ke mana2 pasar raya besar. sebab utama ialah pengeluaran saya terhad.sedangkan pasaraya2 besar selalu nak stok yg banyak dan x boleh putus. kalo kite dah sign kontrak utk supply ke pasarraya tapi kita x mampu buat, silap2 kita boleh kena saman.tambahan pula biasanya pasaraya2 memerlukan kredit sebulan. sedangkan penternak kecil mcm saya x mampu nak bagi mereka kredit..dan saya pon mmg x buat packaging yg lebih menarik atas sebab yg sama. namun saya x menafikan ianya idea yg menarik dan boleh dicuba.
Alat hoover mmg bagus dan terbukti mampu beri haba yg lebih sekata kpd anak2 puyuh. namun hoover cuma sesuai jika kita menternak secara komersial atas faktor kos. cthnya kalo x silap saya, sebuah hoover boleh digunakan utk 1000-1500 ekor anak puyuh. jadi kalo satu hoover kita cuma guna utk beberapa ratus ekor anak puyuh sahaja, ianya akan jadi pembaziran. sebab kos penggunaan gas utk 1500 ekor dgn 500 ekor anak puyuh adalah sama sahaja.
saya nak tanya,puyuh petelur perlu di campurkan dengan puyuh jantan ke baru betelur?dan cara pembiakan dan memilih telur yang ingin di jadikan baka?
ReplyDeletesaya nak tanya,puyuh petelur perlu di campurkan dengan puyuh jantan ke baru betelur?dan cara pembiakan dan memilih telur yang ingin di jadikan baka?
ReplyDelete