Assalamualaikum buat rakan2 dan taulan...kali ni saya nk menulis serba sedikit tentang maklumat asas yg perlu anda tahu tentang ternakan burung puyuh. maklumat2 ini mungkin anda boleh dapati di blog2 lain atau dgn carian google sahaja. namun oleh kerana masih terdapat sesetengah pihak yg bertanya kepada saya tentang perkara ini, jadi lebih baik saya kongsikan serba sedikit mengenai maklumat berkaitan.
Soalan 1) Saya ingin menternak puyuh.adakah pasaran untuk ternakan ini?
Jawapan :- Setakat yg saya tahu pasaran untuk daging ataupun telur puyuh mmg sentiasa ada. cumanya permintaan dan pasaran puyuh ini berbeza mengikut tempat. jadi penting anda membuat survey bagi menilai potensi pasaran di tempat anda sendiri.
Soalan 2) Yang mana lebih menguntungkan? jual telur atau daging puyuh?
Jawapan :- Kedua2nya menguntungkan. terpulang kpd anda untuk mencari pasarannya sendiri.
Soalan 3) Ada berapa banyak jenis baka puyuh? baka apa yg sesuai untuk saya ternak?
Jawapan :- Sepanjang pengetahuan saya, ada 2 jenis baka utama yg terdapat di malaysia ini. Pertama baka jenis daging, kedua baka jenis telur. Baka jenis daging ada dua jenis iaitu baka Peranchis dan baka IKTA. Manakala baka jenis telur ialah baka puyuh tempatan. perbezaan ketara antara baka jenis daging dan telur ini ialah saiz badan burung itu sendiri. baka jenis Peranchis dan IKTA bersaiz besar dan digunakan untuk penghasilan daging kerana tumbesarannya yg lebih cepat. Manakala baka jenis telur bersaiz lebih kecil tetapi lebih aktif. Tak kira baka mana yg anda pilih, kedua2nya memang menghasilkan daging dan telur. tetapi jika ternakan untuk tujuan komersial, maka lebih baik dipilih baka yg sesuai berdasarkan objektif pengeluaran hasil anda.
Soalan 4) Jika saya ingin memulakan ternakan sekitar 100 ekor puyuh, berapakah jumlah dedak(kg) yg perlu saya gunakan? berapakah harga untuk satu guni dedak(50 kg)?
Jawapan :- Anggaran penggunaan dedak untuk 100 ekor anak puyuh dari umur sehari hingga 30 hari ialah sebanyak 35 kg. bagaimanapun jumlah dedak ini berubah mengikut jenis baka, jenama dedak dan tempoh pemeliharaan.harga dedak juga bergantung kepada jenama dan jenis dedak itu sendiri. namun anggaran kasar harga dedak untuk starter/ pemula ialah RM 93 (jenama Gold Coin).
Soalan 5) Saya ingin menggunakan incubator untuk tujuan penetasan. berapakah harga sebuah incubator?
Jawapan :- Harga incubator bermula serendah Rm 200++ sehingga beratus ribu ringgit berbeza mengikut kapasiti telur dan fungsinya samada automatik atau manual. Sebagai contoh, incubator yg paling asas biasanya ialah jenis manual. manual bermaksud anda perlu menggolekkan telur di dlm incubator tersebut menggunakan tangan setiap 3-4 jam sekali. Manakala untuk incubator automatik, telur2 akan digolekkan secara automatik oleh mekanisme incubator itu sendiri setiap 30 minit atau 1 jam.kebiasaanya peratusan penetasan adalah lebih tinggi jika menggunakan incubator automatik.
Soalan 6) Bagaimanakah bentuk penjagaan /pemeliharaan untuk ternakan puyuh daging?
bersambung....
Sudilah lawati ke blog saya sama http://ayamtanduksatu.blogspot.com/
ReplyDeleteSalam.. Sy baru menternak puyuh.. Sy nak tau harga pasaran puyuh samada hidup, daging dan telor d sarawak
ReplyDelete