Soalan2 asas tentang ternakan puyuh (Part 3)
Soalan 13) Berapakah purata berat seekor puyuh daging?
Jawapan :- Anggaran berat bersih(berat setelah disembelih dan dibuang bulu, kepala dan organ) ialah 130-140 gm seekor.(baka Peranchis/daging. tempoh pelihara 30 hari)
Soalan 14) Standard dlm pasaran? dijual dlm kg?ekor?
Jawapan :- Penentuan harga puyuh adalah berbeza mengikut tempat/negeri. Cthnya di klang/ shah alam berat seekor dlm 130 gm, dikira sebagai Gred B..dan dijual 10 ekor RM 23.00. Setiap gred mempunyai harga berbeza berdasarkan beratnya.dan biasanya dibungkus 10 ekor setiap pek. Manakala di Johor pula berat yg sama jatuh kategori gred C...dan mungkin dijual dgn harga yg sama.
Soalan 15)Adakah telur puyuh daging boleh dijual di pasar?
Jawapan :- Tiada masalah untuk menjual samada telur puyuh baka tempatan/ baka daging.kedua2nya sama.melainkan telur yg berbenih. telur yg berbenih bermaksud telur yg telah disenyawakan iaitu telur yg mengandungi benih puyuh jantan. telur ini biasanya tidak tahan lama. sekitar 5-6 hari. berbeza dgn telur puyuh biasa/ tanpa benih jantan yg boleh tahan sehingga 2 minggu.
Soalan 16) Biasanya berapakah umur puyuh mula bertelur dan berhenti bertelur ?
Jawapan :- puyuh mula bertelur pada umur 40-50 hari dan biasanya aktif bertelur sehingga umur setahun lebih.
Soalan 17) Berapakah umur matang untuk puyuh daging sebelum dijual?
Jawapan:- Biasanya antara umur 25 - 35 hari, berbeza mengikut baka. cthnya baka Peranchis sekitar umur 30 hari dan ke atas. Baka IKTA pula ada yg dijual seawal 25 hari.
No comments:
Post a Comment