Assalammualaikum dan salam hormat buat semua....seringkali saya menerima sms mahupun panggilan daripada mereka yg inginkan nasihat ataupun maklumat berkaitan ternakan puyuh. ramai juga yg mahukan samada benih puyuh, induk dan sebagainya....
Kadangkala saya terpaksa menolak disebabkan saya sendiri tidak mempunyai stok benih ataupun induk spt yg dikehendaki oleh penternak. Kini anda boleh memilih untuk mendapatkan info bukan saja dari saya tetapi juga rakan2 penternak puyuh yg lain. Cari saja kami di facebook "Kelab Penternak Puyuh" anda boleh join kami di sana...ramai geng2 penternak yg telah lama menternak mahupun yg baru. Mudah2han kita sama2 dpt berkongsi maklumat dan mendalami ilmu berkaitan ternakan puyuh ini.
Untuk makluman baru2 ini juga 7 ahli kelab penternak puyuh juga telah berjumpa dan bermesyuarat buat pertama kalinya. beberapa isu telah dibincangkan dan yg paling utama ialah satu persatuan penternak puyuh bumiputera di peringkat negeri selangor akan diwujudkan x lama lagi. anda sebagai penternak puyuh di selangor dialu2kan untuk menyertai persatuan ini. Nantikan pembukaan keahlian persatuan ini.
Blog promosi daging puyuh, telur puyuh,benih puyuh, cara2 penjagaan dan lain2...
Azwan Agro Enterprise SA 0176145-P
Wednesday, November 14, 2012
Thursday, September 6, 2012
Telur....
Salam mesra buat semua....buat masa ini kapasiti pengeluaran telur puyuh di reban saya telah meningkat hingga kira2 1400 biji sehari...jadi kepada sesiapa yg berminat utk menggunakan telur puyuh samada kegunaan sendiri mahupun berniaga, anda adalah amat dialu2kan...untuk mereka yg membeli secara borong, harga menarik menanti anda.
terima kasih.
Friday, July 13, 2012
Kuman dan pelawat...
Salam sejahtera buat semua pembaca blog...dah dekat 2 bulan saya x post entry baru..rasenya tiada berita yg menarik sgt utk dikongsi. Pembinaan reban bertingkat telah siap sekitar 40%...dan kini dihentikan sementara bagi memberi laluan untuk memasukkan puyuh2 betina yg baru.Tambahan pula modal yg telah habis digunakan...harapnya puyuh yg dah mula belajar bertelur mampu memberikan pulangan yg sewajarnya..
Dalam tempoh 2 bulan ini juga, ada dua kumpulan yg dtg melawat ke reban saya. Satu dari pihak RTM dan satu lagi terdiri daripada pelajar2 UiTM dari Segamat. Sebenarnya saya agak berat hati pada mulanya utk menerima pelawat memandangkan keadaan reban yg masih belum siap sepenuhnya...tapi memandangkan Puan Intan dari RTM ingin menonjolkan reban saya dalam rancangan terbitan RTM iaitu "Chef Adik" maka saya pon merasakan ianya satu peluang utk saya mempromosikan perniagaan saya ini. Jadi kepada para pembaca sekelian jangan lepaskan peluang menonton rancangan Chef Adik pada setiap hari Sabtu jam 10.30 pagi di TV1. Segmen yg menonjolkan reban saya dikhabarkan akan ke udara semasa bulan puasa.bila tarikhnya? akan saya beritahu kelak...
Pelawat kedua terdiri dari pelajar UiTM Segamat. Ini merupakan kali kedua pelajar UiTM dtg ke reban saya. kali pertama merupakan pelajar dari UiTM Jengka. Oleh kerana niat membantu pelajar2 ini dlm menyiapkan assignment mereka, maka saya pun menerima kedatangan mereka dengan seadanya...yela...dulu kita pon macam mereka jugak..kalo tiada org yg membantu, mcmana pula nk menyiapkan assignment tersebut ye tak?
Sebenarnya dlm keghairahan menerima tetamu, x banyak sedikit timbul kerisauan...bukan apa, ternakan unggas ini sebenarnya mudah terdedah kepada serangan kuman, virus dan yg seangkatan dengannya...jika tanpa disedari pelawat yg datang itu membawa bersama kuman/virus yg tidak dikehendaki...silap2 haribulan dlm masa seminggu sahaja satu reban puyuh boleh pergi tak kembali....benar, serangan virus seperti Sampar, Gumburo, Newcastle Disease dan bermacm lagi biasa terjadi akibat penyebaran tanpa disedari ini...pelawat yg datang mungkin pernah pergi ke reban atau tempat2 yg telah dicemari oleh kuman/ virus penyakit tertentu...kuman tersebut telah melekat pada tapak kasut/alas kaki mereka. Jadi apabila mereka datang ke reban kita secara tidak langsung kuman itu telah dipindahkan dengan jayanya...tau-tau aje dalam seminggu ternakan kita dah monyok dan akhirnya berlaku kematian mengejut secara berjemaah...inilah yg paling ditakuti oleh para penternak unggas sebenarnya...
Oleh kerana itu sebaik-baiknya kita menghadkan pelawat ke reban kita. kalau boleh jangan menerima tetamu langsung jika tidak benar2 penting. Jika tetamu mahu dtg juga pastikan dulu latar belakang mereka. Samada mereka ada menternak sebarang jenis unggas atau yg lebih penting adakah ternakan mereka sedang diserang penyakit....kepada pelawat yg bukan penternak, pastikan mereka terus dtg ke reban kita dahulu. Jangan singgah ke tempat2 lain.. kerana dikhuatiri mereka boleh membawa penumpang yg tidak diundang ke reban kita....kedengaranya seolah2 perkara yg remeh...tetapi sebagai seorang penternak, perkara ini telah acap kali saya dengar dari rakan2 penternak yg lain...
Dalam pada itu ada cara lain yg boleh dilakukan bagi mengawal penularan wabak penyakit ini dari menjengah ke reban kita. Kita boleh memberikan vaksin pada ternakan kita, terutamanya jika kita ketahui musim2 penularan penyakit sedang berlaku...akan tetapi pemberian vaksin pun bukanlah sesuatu yg mudah dan murah....ianya perlu dilakukan dengan mengikut kaedah tertentu seperti yg disyorkan oleh penjual ubat. Vaksin juga mempunyai tempoh luput atau jangka hayat tertentu. cthnya ada vaksin yg berkesan hanya dlm tempoh 6 bulan dari tarikh ianya diberikan. Dan paling penting, vaksin diberikan sebelum ternakan kita diserang penyakit dan bukannya setelah ianya diserang penyakit kerana cara itu tidak akan memberikan sebarang kesan...
Satu cara lagi ialah dengan menggunakan disinfection atau bahan nyahkuman/antikuman.Bahan ini berfungsi dengan cara membasmi/membunuh kuman2 tersebut. Virodin seperti gambar di atas adalah merupakan salah satu bahan yg kerap digunakan bagi tujuan ini. Ianya digunakan dengan cara mencampurkan bahan ini dengan beberapa bahagian air dan disembur, atau dituang terus ke tempat2 kediaman ternakan kita. Biasanya dilakukan sebelum ternakan dimasukkan ke dalam reban. Satu lagi cara yg biasa digunakan ialah dengan menyediakan bekas untuk mencelup tapak kasut bagi mereka yg ingin masuk ke reban kita.Campuran virodin dan air biasa kemudian dituang ke dalam bekas tersebut.Sebelum pelawat ingin masuk ke reban, pastikan mereka mencelupkan tapak kasut ke dalam larutan tersebut. Pastikan hanya tapak kasut yg dicelup ke dalam larutan tersebut dan tidak terkena kulit kerana ianya boleh menyebabkan kegatalan kepada tuan empunya kaki....
sekian....
Saturday, May 5, 2012
Promosi..promosi!!
Salam...kini saya sedang membiakkan baka puyuh tempatan/ baka telur. sesiapa yg berminat bolehlah hubungi saya...ada yg berumur sehari, seminggu dan lebih...
Saya juga sedang melupuskan puyuh tua/puyuh pencen(yakni puyuh yg tidak lagi aktif bertelur) harga cuma RM 1.00 seekor(yg hidup)!!
Saya juga sedang melupuskan puyuh tua/puyuh pencen(yakni puyuh yg tidak lagi aktif bertelur) harga cuma RM 1.00 seekor(yg hidup)!!
Thursday, April 19, 2012
Soalan2 asas tentang ternakan puyuh (Part 3)
Soalan 13) Berapakah purata berat seekor puyuh daging?
Jawapan :- Anggaran berat bersih(berat setelah disembelih dan dibuang bulu, kepala dan organ) ialah 130-140 gm seekor.(baka Peranchis/daging. tempoh pelihara 30 hari)
Soalan 14) Standard dlm pasaran? dijual dlm kg?ekor?
Jawapan :- Penentuan harga puyuh adalah berbeza mengikut tempat/negeri. Cthnya di klang/ shah alam berat seekor dlm 130 gm, dikira sebagai Gred B..dan dijual 10 ekor RM 23.00. Setiap gred mempunyai harga berbeza berdasarkan beratnya.dan biasanya dibungkus 10 ekor setiap pek. Manakala di Johor pula berat yg sama jatuh kategori gred C...dan mungkin dijual dgn harga yg sama.
Soalan 15)Adakah telur puyuh daging boleh dijual di pasar?
Jawapan :- Tiada masalah untuk menjual samada telur puyuh baka tempatan/ baka daging.kedua2nya sama.melainkan telur yg berbenih. telur yg berbenih bermaksud telur yg telah disenyawakan iaitu telur yg mengandungi benih puyuh jantan. telur ini biasanya tidak tahan lama. sekitar 5-6 hari. berbeza dgn telur puyuh biasa/ tanpa benih jantan yg boleh tahan sehingga 2 minggu.
Soalan 16) Biasanya berapakah umur puyuh mula bertelur dan berhenti bertelur ?
Jawapan :- puyuh mula bertelur pada umur 40-50 hari dan biasanya aktif bertelur sehingga umur setahun lebih.
Soalan 17) Berapakah umur matang untuk puyuh daging sebelum dijual?
Jawapan:- Biasanya antara umur 25 - 35 hari, berbeza mengikut baka. cthnya baka Peranchis sekitar umur 30 hari dan ke atas. Baka IKTA pula ada yg dijual seawal 25 hari.

Monday, April 16, 2012
Soalan2 asas tentang ternakan puyuh (part 2)
salam buat semua...berikut tambahan soalan yg diperolehi dari seorang rakan di Melaka...
Soalan 7) Apakah risiko dalam pemeliharaan puyuh daging?
Jawapan :- Untuk pengetahuan pembaca, sewaktu mula2 terlibat dlm ternakan puyuh mmg saya ada memelihara puyuh daging, tetapi sekarang lebih kepada telur dan benih. Jadi berdasarkan pengalaman saya yg terhad itu, saya dpt simpulkan risiko utama dlm ternakan puyuh daging ialah penyakit / kadar kematian(mortaliti rate) terutamanya sewaktu anak2 puyuh di bawah umur 10 hari. Anak puyuh mudah mati terutamanya jika kurang haba atau juga faktor2 penyakit yg lain. Kurang haba bermaksud kemungkinan haba yg diberikan tidak mencukupi menyebabkan ia duduk berhimpit2 hingga menyebankan ada yg mati lemas. jadi pastikan punca kematian yg utama ini ditangani sebaiknya. Selain itu, jika anda bercadang menternak puyuh secara komersial, masalah2 lain yg mungkin perlu diberi perhatian ialah, bekalan anak puyuh yg seringkali tidak mencukupi, harga dedak yg sering naik(turun jarang) dan juga faktor pasaran.
Soalan 8) Apakah jenis2 penyakit yg sering menyerang ternakan puyuh dan apakah jenis ubat2an yg digunakan?
Jawapan :- Secara umumnya ada 2 jenis penyakit yg sering terjadi kepada ternakan puyuh. Pertama ialah penyakit berkaitan pernafasan, dan kedua penyakit berkaitan sistem pencernaan.
Penyakit sistem pernafasan spt selsema, penyakit berkaitan paru2 dan sebaginya. manakala penyakit berkaitan sistem pencernaan spt berak kapur dan lain2. Ubat2tan perlu diberi mengikut jenis penyakit.sila berhubung dgn penjual ubat ternakan bagi mengenalpasti ubat2 yg sesuai)
Soalan 9) Bagaimanakah cara untuk mengira untung-rugi?
Jawapan:- Cara paling mudah ialah dapatkan jumlah perbelanjaan, dan hasil jualan (cthnya. jumlah jualan daging puyuh). Jumlah perbelanjaan.(cthnya, harga anak puyuh, dedak, bil air dan elektrik, upah pekerja jika ada dan sebagainya).Hasil Jualan - Jumlah Perbelanjaan = Untung Bersih.
Soalan 10) Apakah jenis2 vitamin dan antibiotik yg perlu digunakan?
Jawapan :- sama seperti jawapan sebelumnya, anda perlu merujuk kpd penjual ubat ternakan bagi mengetahui vitamin/ antibiotik yg sesuai untuk ternakan anda. Namun sebagai panduan saya ada menggunakan antibiotik spt Vitabio, ubat2 spt Neomycin sulphate dan AntiCRD. (sila refer di blog saya bahagian shortcut.)
Soalan 11) Apakah yg perlu diambil kira apabila nak memulakan ternakan puyuh ini?
Jawapan :- Saya rasa yg paling penting sebelum anda memulakan apa2 projek ernakan sekalipun ialah PASARAN. Ini kerana kebanyakan kita tiada masalah untuk menternak sesuatu ternakan. Tetapi apabila tiba bab pasaran, ianya menjadi masalah utama kpd sesetengah penternak.Pasaran menjadi penentuan kpd kejayaan sesuatu projek tersebut. Saya suka cadangkan agar anda membuat tinjauan pasaran di tempat anda terlebih dahulu.Cthnya adakah terdapat bnyk permintaan terhadap daging puyuh di kawasan anda? Siapakah calon2 pelanggan anda di kawasan tersebut? Berapa anggaran jumlah permintaan terhadap produk anda nanti? Kalau anda berupaya mendapatkan maklum balas positif terhadap soalan2 di atas, maka saya rasa anda bolehlah meneruskan projek ternakan anda.
Soalan 12) Berapakah modal yg diperlukan untuk memulakan ternakan puyuh daging ini?
Jawapan :- Jumlah modal bergantung kpd berapa besar projek yg ingin kita jalankan. Jika anda sekadar ingin menternak puyuh sebagai hobi maka jumlah 200 ekor mungkin memadai dan modal x lebih Rm 1 ribu ringgit memadai untuk tujuan pembinaan reban, stok makanan, stok benih dan sebagainya. tetapi jika anda ingin menternak secara komersial dan mungkin bermula sekitar dengan 1500 ekor puyuh.... maka anggaran modal yg diperlukan untuk pembinaan reban bersaiz 20x20 kaki(termasuk reban bertingkat), ialah lebih kurang 7-8 ribu ringgit. tidak termasuk kos anak puyuh dan dedak.
Sekian.

Wednesday, April 11, 2012
Soalan2 asas tentang ternakan burung puyuh
Assalamualaikum buat rakan2 dan taulan...kali ni saya nk menulis serba sedikit tentang maklumat asas yg perlu anda tahu tentang ternakan burung puyuh. maklumat2 ini mungkin anda boleh dapati di blog2 lain atau dgn carian google sahaja. namun oleh kerana masih terdapat sesetengah pihak yg bertanya kepada saya tentang perkara ini, jadi lebih baik saya kongsikan serba sedikit mengenai maklumat berkaitan.
Soalan 1) Saya ingin menternak puyuh.adakah pasaran untuk ternakan ini?
Jawapan :- Setakat yg saya tahu pasaran untuk daging ataupun telur puyuh mmg sentiasa ada. cumanya permintaan dan pasaran puyuh ini berbeza mengikut tempat. jadi penting anda membuat survey bagi menilai potensi pasaran di tempat anda sendiri.
Soalan 2) Yang mana lebih menguntungkan? jual telur atau daging puyuh?
Jawapan :- Kedua2nya menguntungkan. terpulang kpd anda untuk mencari pasarannya sendiri.
Soalan 3) Ada berapa banyak jenis baka puyuh? baka apa yg sesuai untuk saya ternak?
Jawapan :- Sepanjang pengetahuan saya, ada 2 jenis baka utama yg terdapat di malaysia ini. Pertama baka jenis daging, kedua baka jenis telur. Baka jenis daging ada dua jenis iaitu baka Peranchis dan baka IKTA. Manakala baka jenis telur ialah baka puyuh tempatan. perbezaan ketara antara baka jenis daging dan telur ini ialah saiz badan burung itu sendiri. baka jenis Peranchis dan IKTA bersaiz besar dan digunakan untuk penghasilan daging kerana tumbesarannya yg lebih cepat. Manakala baka jenis telur bersaiz lebih kecil tetapi lebih aktif. Tak kira baka mana yg anda pilih, kedua2nya memang menghasilkan daging dan telur. tetapi jika ternakan untuk tujuan komersial, maka lebih baik dipilih baka yg sesuai berdasarkan objektif pengeluaran hasil anda.
Soalan 4) Jika saya ingin memulakan ternakan sekitar 100 ekor puyuh, berapakah jumlah dedak(kg) yg perlu saya gunakan? berapakah harga untuk satu guni dedak(50 kg)?
Jawapan :- Anggaran penggunaan dedak untuk 100 ekor anak puyuh dari umur sehari hingga 30 hari ialah sebanyak 35 kg. bagaimanapun jumlah dedak ini berubah mengikut jenis baka, jenama dedak dan tempoh pemeliharaan.harga dedak juga bergantung kepada jenama dan jenis dedak itu sendiri. namun anggaran kasar harga dedak untuk starter/ pemula ialah RM 93 (jenama Gold Coin).
Soalan 5) Saya ingin menggunakan incubator untuk tujuan penetasan. berapakah harga sebuah incubator?
Jawapan :- Harga incubator bermula serendah Rm 200++ sehingga beratus ribu ringgit berbeza mengikut kapasiti telur dan fungsinya samada automatik atau manual. Sebagai contoh, incubator yg paling asas biasanya ialah jenis manual. manual bermaksud anda perlu menggolekkan telur di dlm incubator tersebut menggunakan tangan setiap 3-4 jam sekali. Manakala untuk incubator automatik, telur2 akan digolekkan secara automatik oleh mekanisme incubator itu sendiri setiap 30 minit atau 1 jam.kebiasaanya peratusan penetasan adalah lebih tinggi jika menggunakan incubator automatik.
Soalan 6) Bagaimanakah bentuk penjagaan /pemeliharaan untuk ternakan puyuh daging?
bersambung....

Sunday, March 25, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Pembinaan dah bermula..(part 3)
Tuesday, March 13, 2012
Wednesday, March 7, 2012
Pembinaan dah bermula (part 2)
cth reban puyuh penelur
pergh..sarat van sampai senget.
kayu2 1/2 x 1 inci yg belum ketam(5344 kaki)
bersambung...
Assalammualaikum.....
Lama sungguh nak masuk part two nih..hehe....sebenarnya bangsal/reban puyuh yg baru dah pon siap hampir 3 minggu yg lalu...tetapi...reban bertingkat/ reban utk puyuh penelur belum siap satu pun. yg ada cuma sample reban yg saya buat sebelum ni. asalnya saya bercadang nk upah saje dgn kontrak yg buat bangsal tu, tu yg tunggu dia siapkan bangsal dulu baru pikir nk wat reban telurr
Last2 bila dah siap...tgk2 budget pon dah terlebih....kononnya nk beli reban telur yg ready made yg dibuat dari besi galvanized pon x tercapai. sebabnya kilang tersebut x dpt nk buat reban telur utk puyuh sementara ni, depa dok fokus pada reban ayam dulu. kire bz la ni...kalo boleh pon mungkin lagi 3-4 bulan.....saya pon mmg x bley nk tunggu lame. maklum sajela..loan pon dah start bayar....reban x operate lagi...camne nak bayar nanti.
Jadi cara yg terbaik skrg ni ialah buat reban telur sendiri menggunakan kayu dan jaring dawai. kos mmg sgt murah berbanding beli yg dah siap. cuma kalo upah orang, kos lebih sikit tapi still lagi murah dari beli.
Kayu pon dah beli dgn harga yg saya rase antara termurahlah...tapi kayu bukanla dari gred terbaik...nk save budget kononnya....cuma skrg ni masalah nk buat...kalo sorang2 buat tah bila bole siap agaknya.....saya bercadang nk buat 167 unit reban puyuh telur semuanya. setiap satu berukuran 4 kaki x 1 kaki x 8 inci. buat reban reban ni mmg akan ambik masa, jadi saya target bole siapkan 5 unit satu hari.(secara teorila) tapi tadi pon baru start potong kayu....sebiji reban pon x siap lagi,,,hehe
Oopss.. tu belum habis citer bab kayu... sebelum ni saya ade order kayu 1/2 x 1 inci untuk dibuat dinding reban telur. mmg saya katakan pada toke tu saya nk yg telah diketam sbb ianya lebih kemas, tiada lebihan2 kayu kecil di tepi2 yg bole menyebabkan selumbar. jadi puyuh pon akan lebih selamat. tah camne sehari sebelum delivery toke tu call saya dan bagitau kayu tersebut x boleh diketam sebab ianya akan patah dua. so dgn anggapan kayu yg x diketam pon lebih kurang sama saja dgn yg diketam, saya pon kata dgn dia ok..saya bole terima. malangnya bila dah dapt, tgk2 kayu tu mmg agak kasar dan penuh dgn serpihan2 kecil di tepinya.
Pening jap kepala, mengapala saya bole terima kayu tu tanpa cek dulu....hmm..sudahnya saya terpaksa carik jalan utk menghantar kayu2 tersebut untuk diketam. enam tempat/kilang kayu saya pergi...baru jumpa yg sesuai dari segi kosnya...bayangkan ade kilang seblum ni yg mintak harga 25 sen sekaki untuk upah ketam saja! walhal kayu tu pon saya beli x sampai 20 sen sekaki. lepas tawar2 dptla 15 sen....itupon setelah darab dgn lebih 5 ribu kaki kayu yg perlu diketam saya masih perlu membayar kira2 rm 800.00. fuhh...rugi lagi...las2t dpt jugak carik kilang yg bagi harga terbaik kira2 0.05 sen sekaki utk upah ketam...kira okla....bolela bernafas sket.
So saya pon xde pilihan lain terpaksa mengisi kayu2 tersebut ke dlm van utk dihantar ke kilang. Ambil mase berjam jugakla nk mengisi kayu2 tersebut ke dlm van.mane taknya , mula2 kayu tersebut perlu diikat seberkas2...kemudian baru diisi dlm van. dahla tayar van asyik sangkut je dekat body. maklumla tayar besar body kecik....jahanam.... sebelum saya hantar kayu di kilang ni, mmg saya dah jumpa tokeynya dan tanya samada kayu tersebut boleh diketam, tokey dia jawab boleh.. serupa dengan contoh yg saya bawa...saya suruh test dulu, dia kata x payah...
ok, so saya pon dgn bantuan bangla2 di kilang tu selepas selesai turunkan kayu, terus saya pulang. dlm hati kata, setel masalah....tiba2 esoknya tokey kilang call saya kata, bos...u punya kayu x boleh ketamla...bnyk lembik2..patah, masuk mesin pon sangkut... aisehhh, mmg nayala...dahla nk menghantar kayu tu satu hal, nak amik balik, tapi x dpt nk ketam pulak...haduii....bukan sikit kayu tu.. 5344 kaki!
nak xnak terpaksala saya ambil balik kayu2 tersebut....xde pilihan, samada saya jual ataupun ketam secara manual(guna ketam letrik)....jadi inilah last option saya, terpaksala diketam guna tangan.. mmg lambat...hmm ini patut jadi pengajaran buat saya.next time, nk beli apa2 brg, cek dulu betul2...kalo tidak...bila dah sampai brg, tgk2 x sesuai dgn spec yg kita nak..melambatkan kerja dan membuang masa...
bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)